Senin, 10 Januari 2011

manfaat dzikir,, coba yu'

1 – Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
2 – Mengusir, menundukkan, dan menjadi pendinding daripada Syaitan.
3 – Melahirkan perasaan bahawa diri kita ini sentiasa diawasi oleh Allah sehingga menjadi pendorong untuk sentiasa melakukan ...perkara kebaikan.
4 – Melahirkan sifat merendah diri dan pasrah kepada Allah. Iaitu dia akan sentiasa memiliki sifat tawakkal yang tinggi di mana hanya kepada Allah tempat bergantung sama ada ketika susah atau pun senang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.
5 – Mendekatkan diri kepada Allah. Seberapa banyak dia melakukan zikir kepada Allah, maka semakin dekatlah dia dengan Allah. Dan seberapa jauh dia lalai untuk berzikir, maka sejauh itulah jarak yang memisahkannya dengan Allah.
6 – Membukakan pintu yang luas dari pelbagai pintu ma’rifat.[3] Semakin banyak kita berzikir, maka semakin luas pintu ma’rifat yang dibukakan.
7 – Melahirkan rasa takut kepada Allah dan memuliakan-Nya.
8 – Menjadikan kita sentiasa mengingati Allah iaitu sebagaimana firman-Nya,
“Kerana itu, iangatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu...” (Surah al-Baqarah, 2: 152)
9 – Menjadikan hati sentiasa hidup. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Zikir bagi hati adalah ibarat seperti air dengan ikan. Maka apakah yang akan terjadi kepada ikan tersebut sekiranya ia dipisahkan dengan air?”
10 – Zikir merupakan santapan hati dan rohani. Jika hati dan roh kehilangan makanannya, maka samalah ia dengan badan yang tidak mendapatkan bekalan zat nutriennya. Pada suatu masa, kami (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah) menemui Ibnu Taimiyyah yang sedang melaksanakan Solat Fardhu Subuh. Selepas solat, dia berzikir kepada Allah sehingga hampir pertengahan siang. Pada ketika itu, beliau menoleh kepadaku lalu berkata, “Inilah santapanku. Sekiranya aku tidak mendapat santapan ini, kekuatanku akan hilang.” Syaikhuil Islam Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata kepada kami, “Aku tidak akan meninggalkan zikir, melainkan dengan niat memang itulah yang dikehendaki oleh jiwaku atau kerana aku ingin berehat. Bagiku berehat ini adalah persiapan untuk melakukan zikir yang berikutnya”.
11 – Membersihkan hati dari kekotoran. Kekotoran hati yang dimaksudkan adalah lalai dan bergelumangnya dengan hawa nafsu. Maka, cara untuk membersihkannya adalah dengan bertaubat dan memperbanyakkan istighfar.
12 – Menghilangkan kerisauan dan ketidakyakinan dalam mentaati Allah. Orang yang lalai, dia sering mengalami kerisauan terhadap soal hubungannya dengan Allah. Maka, kerisauan itu dapat dihilangkan dengan melaksanakan ibadah zikir.
13 – Takbir, tasbih, tahmid, dan tahlil yang diucapkan oleh seseorang di waktu dia berzikir, dapat membantu dirinya di waktu kesusahan. Ini adalah kerana Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang beriman dan melaksanakan amal-amal yang soleh.
14 – Seseorang yang mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara berzikir di waktu senang, akan menjadikannya sentiasa mengingati Allah walau bagaimana pun keadaannya di waktu susah.
15– Amalan berzikir kepada Allah mampu menjadi benteng yang manpan dari pelbagai keburukan dunia dan akhirat. Ia juga mampu menyelamatkan diri seseorang dari azab Allah, sebagaimana yang dijelaskan oleh Mu’az bin Jabal radhiyallahu ‘anhu sebagaimana yang dia fahami daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam:
“Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam yang mampu menjaminnya dari dikenakan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala, selain dari berzikir kepada-Nya.”[4]
16 – Memberikan ketenangan dan penyebab datangnya rahmat. Orang-orang yang berzikir juga dia akan dikelilingi oleh para malaikat, sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam di dalam hadisnya.[5]
17 – Zikir juga dapat membantu pengamalnya dari melakukan perkara-perkara lisan yang dilarang seperti ghibah (mengumpat), berdusta, menghasut, mengata, dan mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.



Artikel Terkait:



Tidak ada komentar:

Posting Komentar